Tuesday, November 10, 2009

pernah kah kita terfikir??


pernahkah kita terfikir hikmah di sebalik memanjang kan jari telunjuk semasa tshud di dalam solat??lihatlah hikmah nya..sama2 rengungkan

Wednesday, October 28, 2009

PENGUMUMAN!!!!


blog "tinta seorang daie" ini disita buat sementara waktu. Penulis masih mencari identiti yang tersendiri dalam mengaplikasikan dakwah melalui Blog ini..sebarang cadangan or penambahbaikan blog iniamatlah di alu-alukan... selamat menduduki exam..semoga kejayaan kita milik bersama...bersama-sama kita mencari hikmah yang hilang..

Sunday, October 18, 2009

konsep blog..

Pendahuluan
Blog merupakan sebuah laman yang dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Ia mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Kebanyakan blog dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri. Blog yang di hasilkan kini menjadi salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa. Di sebabkan penggunaan blog yang begitu meluas dan menjadi perhatian masyarakat pada hari ini, para pendakwah juga tidak ketinggalan mengharungi arus semasa di dalam menyampaikan misi dakwah mereka. Melihat kepada keperluan semasa inilah, blog telah dijadikan sebagai medium alternatif terkini kepada pendakwah-pendakwah muda di dalam menyampaikan mesej-mesej yang berguna di dalam mendidik dan membentuk masyarakat menjadi lebih baik.
Konsep blog yang diperkenalkan

“Tinta serang daie” merupakan nama pilihan blog saya kerana bersesuaian dengan kewujudan blog ini yang mengemukakan penulisan-penulisan oleh seorang yang akan bergelar daie atau pendakwah apabila berhadapan dengan masyarakat di luar apabila sudah menghabiskan pengajian saya nanti. Ini merupakan platform awal bagi saya untuk berjinak-jinak dengan berdakwah di dalam alam maya ini. Antara konsep yang di perkenalkan oleh saya terhadap blog “Tinta Seorang Daie” ialah “simple but nice” dan mudah di fahami. Ini kerana saya tidak meletakan gadget-gadget yang begitu banyak. Saya hanya meletakan ruangan gadget masa iaitu sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat yang melayari blog saya ini. Begitu juga di masukkan kalender islam iaitu mengikut perkiraan hijriah dan juga mengikut bulan masihi. Selain dari itu saya juga ada memasukkan kata-kata hikmah sebagai renungan bersama-sama pembaca dan tautan-tautan pilihan yang dapat memudahkan para pengunjung di blog saya ini.

MENDIDIK ANAK-ANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.Membentuk Dunia Kanak-kanak.Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam.
Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:"wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"Ketika Anak Dalam KandunganProses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya. Setelah Anak DilahirkanSetelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:"Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a" (Riwayat Abu Daud dan Termizi)Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". (Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan.
Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang.
Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras. Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.KesimpulanAnak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.
Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dPendahuluan Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa. Membentuk Dunia Kanak-kanak. Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu. Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam.
Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam. Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)" Ketika Anak Dalam Kandungan Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu: Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya. Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya Setelah Anak Dilahirkan Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a" (Riwayat Abu Daud dan Termizi) Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan: "Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". (Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa) Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya. Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya. Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun. Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya. Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti: Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa.
Kesimpulan Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibu bapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan yang baik.

Saturday, October 17, 2009

BAGAIMANA UNTUK MENJADI NAQIB YANG BAIK??


1 ) Berikan Kasih Sayang
Proses pentarbiyahan diibaratkan seperti proses keibuan yang boleh dilihat di mana-mana. Seorang ibu itu merangkul bayinya, menyusukannya, bersusah payah bersengkang mata kerananya, mengucupnya dengan penuh perasaan kasih sayang yang tidak dapat disifatkan, penuh keikhlasan dan tanpa syarat (unconditional love). Si anak juga bagai sangat-sangat mengerti perasaan si ibu; jika ada yang cuba merampasnya dari ibunya ia pastikan merengek, dia faham akan memek muka ibunya dan kenal sangat akan bau harum ibunya. Itulah dia tarbiyah; kasih sayang.Hampir keseluruhan inti karangan kitab Imam Al-Ghazali Al-Ihya’ merupakan inti pati tarbiyah. Tidak akan berjaya sesebuah usaha tarbiyah selagi tidak terbina jambatan kasih sayang antara murabbi dan murid. Seseorang murid tidak akan memahami pengajaran guru yang tidak disukainya, sekalipun gurunya sering berkata yang benar. Rasulullah s.a.w telah mengajar satu wasilah di mana jika kita menjadikannya pengamalan di dalam masyarakat Islam kita, pasti akan berkembang bibit-bibit kasih sayang antara masyarakat Islam; iaitu sebarkan salam. Melalui ajaran Rasulullah ini, kami mendapati bahawa tarbiah tidak memerlukan kata - kata yang banyak; hanya dengan sekadar mengucapkan “Assalamu’alaikum!”.Mudah kan? Bagaimana seseorang manusia boleh berkasih sayang dengan saudara insannya yang lain? Beberapa saranan telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Antaranya ialah dengan bersenyum (Janganlah kamu memperkecilkan urusan sesebuah amal makruf itu, walau sekadar kamu bertemu saudara mu dengan wajah yang ceria) Allahu akbar! Tanyakan hal ehwal saudara kamu, saling ber-tahaadii (memberi hadiah), mendoakan antara satu sama yang lain dan berkongsi sama perasaan suka dan dukanya. Semua ini adalah wasilah-wasilah yang mudah. Tidak perlukan banyak usaha dan kata-kata!Setelah kaum muslimin menang dalam peperangan Badr Al-Kubra, orang-orang Quraisy telah berjaya menculik saiyidina Khabbab Bin Al-Arat dengan tujuan membunuhnya. Mereka mengikatnya dan ingin menyalibnya. Abu Sufyan yang pada ketika itu sebagai ketua kaum Quraisy telah bertanya kepadanya “Wahai Khabbab! Dalam keadaan mu sekarang ini, adakah kau redha kami gantikan kamu dengan Muhammad?” Menjawab Saiyidina Khabbab “Tidak! Aku tidak redha sama sekali Rasulullah disakiti walau dengan sekecil duri sekalipun!”Itulah dia kasih sayang yang telah mengikat jiwa para sahabat r.a dengan Rasulullah s.a.w sehinggakan kaum Quraisy mengatakan “Kami tidak pernah melihat seseorang mengasihi saudaranya seperti mana para sahabat Muhammad mengasihi Muhammad!”Rasulullah s.a.w dan saiyidina Abu Bakar r.a pernah sekali itu disakiti sewaktu mereka berada di Mekah. Mereka dipukul dan dihina sehinggakan saiyidina Abu Bakar pengsan kerana mempertahankan Rasulullah dari disakiti. Apabila beliau sedar dari pengsannya, ketika ibunya ingin memberinya sedikit minuman, beliau menolak dan berkata “Aku ingin mengetahui keadaan Rasulullah terlebih dahulu”. Ini lah dia contoh cinta sesosok peribadi yang telah ditarbiyah oleh baginda Rasulullah s.a.w.Dalam Perang Uhud, setelah kaum muslimin membawa khabar kekalahan mereka di medan perang, seorang wanita bertanyakan “Apakah kesudahan peperangan?” Mereka pun menjawab “Telah terbunuh suami mu”. Si wanita berkata “Aku tidak bertanyakan itu”. “Telah terbunuh ayah mu”. “Bukan itu yang aku tanyakan”. “ Telah terbunuh saudara lelaki mu”. “Aku tidak bertanyakan dia”. “Telah terbunuh putera mu”. Si wanita menjawab “Aku tidak bertanyakan tentang mereka semua itu. Aku ingin bertanyakan, apa khabar Rasulullah s.a.w?” Mereka pun menjawab “Rasulullah berada di dalam keadaan baik-baik saja”. Si wanita pun berkata “Alhamdulillah, semua musibah setelah (mengetahui keadaan) mu, ya Rasulullah, adalah kecil!”Seorang lelaki berjalan ke sebuah kampung. Lalu turunlah malaikat menanyakan “Kenapa kah kamu berjalan ke kampung itu?” Beliau menjawab “Aku ingin menziarahi si fulan”. Malaikat itu terus bertanya “Adakah kau mempunyai pertalian darah dengannya?” Beliau berkata “Tidak ada. Cuma aku mengasihinya kerana Allah”. Lalu malaikat itu pun mendoakannya “Moga Allah mengasihi mu atas sebab kasih mu terhadap saudara mu itu dan Allah telah menetapkan syurga sebagai ganjaran buat mu.” Seorang lelaki mendatangi Baginda Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah! Aku ingin bersama-sama mu di syurga nanti.” Tanya Rasulullah: “Apakah yang kau siapkan untuk itu?” Katanya: “Tiada lain kecuali cinta ku kepada Allah dan RasulNya.” Bersabda Baginda: “Seseorang itu akan dibangkitkan dengan orang yang dikasihinya”.
2 ) Tunjukkan Qudwah Hasanah
Jika seorang anak mendapati ibunya tidak bersikap jujur dengannya, dia tidak akan mendengar kata ibunya. Jika seorang guru menyuruh muridnya untuk membuat sesuatu sedangkan dia sendiri tidak membuatnya, muridnya tidak akan patuh suruhannya. Seorang murid perlu mendapatkan murabbinya sebagai qudwah hasanah baginya. Umat Islam terdahulu mendapatkan Rasulullah sebagai qudwah mereka. Seperti yang diturunkan Allah ke atas kaum muslimin ayat: “Sesungguhnya bagi kamu sekalian dalam diri Rasulullah itu sebuah uswah hasanah (contoh yang baik).”Semua orang bertanggungjawab dalam usaha tarbiyah perlu menjadi qudwah hasanah bagi orang-orang yang ditarbiyahnya. Suatu hari, ketika cuaca panas terik di kota Madinah, Rasulullah keluar dari rumahnya. Dalam perjalanan, Baginda bertemu dengan sahabatnya saiyidina Abu Bakar dan saiyidina Umar. Baginda pun bertanya: “Apakah yang membuatkan kamu keluar dari rumah mu?” Jawab mereka: “Kami tidak keluar dari rumah kami kecuali kerana sudah terlalu kelaparan, ya Rasulullah!” sambil menyelak baju mereka dan sebiji batu diikat di tengah-tengah perut masing-masing. Lalu Rasulullah menyelak jubahnya dan 2 biji batu diikat di perut Baginda yang sedang meronta kelaparan.Para sahabat pernah meriwayatkan bahawa mereka selalu berlindung di belakang tubuh sasa Rasulullah ketika peperangan semakin sengit. Rasulullah ketika membahagi-bahagikan tugas kepada para sahabatnya sewaktu mengorek lubang parit, berkata “Dan aku pula akan mengumpulkan kayu-kayu arang.”, yang merupakan bahagian tugas yang paling susah ketika itu.Kebiasaan saiyidina Umar Bin Khattab ketika menyandang jawatan sebagai Amirul Mukminin, setelah selesai memberi arahan di atas mimbar, beliau akan terus pulang ke rumah dan memberitahu ahli keluarganya: “Aku telah memberi arahan kepada kaum muslimin. Nah! Sekarang orang semua pasti akan melihat kepada kelakuan keluarga Umar.” Jadi, bagi sesiapa yang ingin mentarbiyah, perlu menunjukkan contoh yang baik. Jika tidak, dia akan menjadi bencana kepada dakwah yang dijalankannya.
3 ) Mengembangkan Potensi
Ketika Rasulullah bertemu dengan saiyidina Abdullah Bin Mas’ud (yang ketika itu sedang menggembala kambing) buat pertama kali dan setelah Baginda bertanyakan kepadanya beberapa soalan, beliau pun berkata “Sesungguhnya kau adalah pemuda yang sangat bijak.” Rasulullah telah membongkar potensi-potensi Abdullah Bin Mas’ud hanya dengan beberapa soalan yang diajukan. Abdullah Bin Mas’ud kemudian itu - dan dengan berkat doa Baginda Rasulullah - telah menjadi salah seorang Imam dan Ulama bagi kaum muslimin. Itulah dia tugas seorang naqib dan murabbi.Rasulullah s.a.w telah mengenal pasti potensi para sahabatnya dan selalu menggalakkan mereka mengembangkan potensi masing-masing dengan memberi gelaran-gelaran kepada sahabatnya seperti Abu Bakar As-Siddig (yang selalu membenarkan), Umar Al-Faruq (yang membezakan antara yang hak dan yang batil), Abu ‘Ubaidah Amin Al-Ummah (pengamanah umat), Khalid Bin Walid Saifullah (Pedang Allah). Baginda mengenal potensi mereka.Jika potensi-potensi tepat pada orang yang memilikinya dan dipelihara sungguh-sungguh, akan membuahkan hasil yang sangat baik. Tidak wajar bagi murabbi memberi gelaran yang tidak sesuai dengan keperibadian muridnya.Pengenalan ini Rasulullah dapatkan kerana baginda sebagai seorang murabbi sering berkumpul dengan para sahabatnya, makan minum bersama mereka, berbual-bual dengan mereka, berlumba dengan mereka dan memahami perwatakan masing-masing keperibadian sahabat-sahabatnya. Ini adalah hasil at-ta’aamul (pergaulan).Jika seorang ibu hanya sempat melihat anaknya 2 jam setiap hari (kerana kesibukan bekerja di luar rumah) dan si anak menghabiskan baki masa yang lain dengan si pembantu rumah, adakah si anak akan dapat mengembangkan rasa kasihnya pada ibunya, mengambil qudwah hasanah dari ibunya?Jika seorang guru hanya bergaul dengan muridnya sewaktu berada di antara empat dinding bilik kuliah, bagaimana si murid boleh mengambil qudwah darinya? Perlu ditekankan di sini, jika perasaan kasih sayang itu ingin dibina, maka perlu menjalani proses at-ta’aamul itu.
4 ) Mengambil berat
Apabila seorang mendatangi saiyidina Abdullah bin Abbas di masjid pada ketika itu beliau sedang beriktikaf di Masjid Nabi, orang itu meminta beliau menunaikan sebahagian hajatnya, maka saiyidina Abdullah bin Abbas mencapai capalnya dan ingin keluar dari ibadah iktikafnya. Saat itu, beliau ditegur oleh beberapa orang yang mengatakan “Wahai Abdullah! Tidakkah kamu ingat bahawa kamu sedang beriktikaf di Masjid Nabi?” Beliau pun menjawab “Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya, maka itu adalah terlebih baik dari beriktikaf di masjid ku selama sebulan.”Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab Al-Ihya’: “Adalah merupakan kewajipan seorang murabbi dan naqib untuk mengambil tahu hal ehwal murid-muridnya; rumahnya, rezekinya, tugasnya dan keperluan-keperluannya. Seorang murabbi perlu membantu muridnya dari sudut material hingga dia akan dapat memenangi hati muridnya dan terus membawanya berjalan ke jalan Allah.”Imam Sa’id Bin Al-Musayyab bertanyakan berita muridnya yang telah tidak menghadiri kuliah ilmunya selama 2 hari. Apabila muridnya ditanya, dia menjawab ringkas “Isteri ku telah wafat”. Si imam pun berkata kepadanya dengan perasaan penuh tanggungjawab “Akan ku kahwinkan mu dengan puteri ku” yang pada ketika itu pernah dipinang oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Sesebuah proses tarbyiah perlu kepada 4 komponen asas ini, iaitu; Murabbi, Murid, Manhaj dan Bi’ah Solehah (suasana yang baik). Dalam konteks dakwah semasa, biasanya kita tidak menghadapi masalah di dalam mendapatkan 3 komponen yang terakhir, tetapi masalah selalu timbul apabila kita cuba mendapatkan sebuah sosok peribadi murabbi yang baik. Jika kita ingin berkhidmat kepada dakwah Islamiah dengan baik, kita perlu mewujudkan sosok-sosok peribadi murabbi yang baik. Bagaimana kita mewujudkan mereka ini? Jika kita singkap kembali keadaan umat Islam pada zaman sekarang ini, sekali imbas kita akan mendapati bahawa umat Islam sedang dalam keadaan yang lemah, wilayah-wilayahnya ditawan, Al-Aqsa masih lagi di dalam genggaman musuh.
Pernah satu ketika, dua orang tokoh Islam berjumpa, mereka ialah Imam Al-Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Mereka membincangkan bagaimana menyelamatkan keadaan ummah yang sedang tenat pada ketika itu.Akhir sekali, mereka sama-sama bersetuju untuk mengasaskan Madrasah An-Nizamiah (pada ketika itu) dan menjalankan tarbiyah yang sangat berkesan sehingga dapat melahirkan tentera yang dianggotai oleh panglima-panglima Islam seperti ‘Imaduddin Zinkiy dan Salahuddin Al-Ayyubi. Apabila diperiksa aktiviti askar-askar tersebut di waktu malam, mereka didapati sedang bersolat malam, bertilawah Al-Quran atau bermunajat kepada Allah taala, lalu berkata lah panglima perang: “Sesungguhnya tentera seperti ini tidak akan kalah sama sekali.”Maka jelaslah bagi para pembaca sekalian, bahawa isu kemenangan umat Islam bukanlah satu isu yang rumit tetapi, persoalan yang lebih penting dari itu bagaimana kita mewujudkan barisan murabbi dan individu-individu muslim yang bersedia untuk ditarbiyah atas petunjuk Allah taala.
Sesungguhnya tarbiyah memerlukan kepada roh. Jika roh tarbiyah hilang, maka semua usaha tarbiyah tidak akan memberi kesan dan tidak akan dapat membuahkan hasil yang baik. Saiyidina Ali k.w ketika sudah menyandang jawatan khalifah bertanya kepada para sahabat “Apakah angan-angan kamu semua?” Ada yang menjawab: “Aku berangan-angan jika aku bisa mempunyai harta yang banyak maka akan ku-infaq-kan di jalan Allah”.Namun apabila beliau ditanya “Apakah yang kau cita-citakan, wahai Amirul Mukminin?” Beliau menjawab “Aku bercita-cita jika aku mempunyai orang-orang seperti Abu Bakar, Umar, Abu ‘Ubaidah, Khalid sehingga aku boleh membuka kota-kota dengan orang-orang seperti mereka ini”

PRASYARAT KEBANGKITAN PEMUDA PEMUDI ISLAM

Ketahuilah wahai para pemuda pemudi Islam, bahawa dalam sejarah kebangkitan bangsa-bangsa, pemuda pemudi selalu memiliki peranan yang besar dan strategik, kerana untuk menuju kebangkitan bangsa diperlukan daya kekuatan berupa keyakinan yang kuat, ketulusan, semangat yang jujur, kesungguhan dalam kerja dan pengorbanan.Dalam hal ini pemuda - pemudilah yang berpotensi untuk itu, kerana pemuda adalah simbol hati yang masih jernih sehingga memiliki keyakinan dan iman yang kuat, kejujuran yang memungkinkan untuk memiliki ketulusan dan keikhlasan dalam beramal, serta semangat yang menggebu yang memungkinkan untuk beramal dengan sungguh-sungguh dan penuh dengan pengorbanan.
Firman Allah SWT :“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)
Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerak kerja Islam.Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.
Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan. Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.Islam bukanlah merupakan ad-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin (golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dan ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.
Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda. Tanggungjawab berat yang dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

NOTA PERSIAPAN DIRI KPD YANG BERGELAR AHLI GERAKAN ISLAM..

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). ( Surah Al – Anfal : 60 )
1. KEFAHAMAN Said Hawa pernah berkata di dalam bukunya Al – Islam§ :Maksudnya : “ Kefahaman itu adalah permulaan untuk semua perintah dan larangan” Imam Al – Syahid Hassan Al – Banna berkata : “Perkara yang§ saya maksudkan dengan faham ialah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah Islam yang tulin”. Faham juga merupakan rukun baiah yang pertama.§ Memahami dengan mendalam matlamat perjuangan organisasi,dasar – dasarnya, memahami liku – liku perjuangan, uslub atau pendekatan yang telah ditentukan serta mengenali kawan dan lawan.
2. KETAKWAAN Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil§ tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara§ diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat§ taqwa dengan sabda baginda :“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas ) Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain§ bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”. Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”Martabat TaqwaMenurut Al-‘Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran .Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan “Kalimat at-Taqwa” dalam firmanNya :“…lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa …”. ( Surah Al-Fath . Ayat : 26 )Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : “لا إله إلا الله محمد رسول الله” atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.
Martabat kedua : menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari AllahMartabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt ).” ( Surah Ali Imran. Ayat : 102 Sifat ini perlu dihayati oleh semua ahli jamaah kerana anggota§ jamaah adalah “penterjemah amaliyyah” kepada dasar yang diperjuangkan3. KEPATUHAN ( KETAATAN ) Imam§ Bukhari meriwayatkan daripada Syaidina Umar Al – Kattab :Maksudnya : Tidak ada Islam melainkan dengan jamaah dan tidak sempurna jamaah tanpa pimpinan dan tidak ada ertinya kepimpinan tanpa ketaatan” Ketaatan kepada§ kepimpinan, kepatuhan kepada arahan organisasi adalah satu daripada kunci kejayaan amal jamaa’i. Ahli gerakan mestilah bersedia ditarbiyah§ sehingga menjadi “jundi” yang ikhlas dalam perjuangan.
Petanda Ikhlas seorang pejuang
1. Niat yang jelas
2. Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan
3. Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran
4. Tidak bermain dengan alasan
5. Bersedia menerima arahan
6. Prihatin terhadap organisasi
7. Menjaga rahsia organisasi
4. DISIPLIN ( INDHIBAT )
Kehampiran seseorang individu dalam§ melaksanakan gerak kerja yang dituntut daripadanya sekadar termampu secara tepat, dengan syarat pelaksanaan kerja itu berlaku di dalam waktu yang ditetapkan dan kerja tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan menyeluruh kepada sesuatu kerja. Walaupun sesuatu organisasi itu§ memiliki banyak unsur kebaikan, tetapi ia akan menemui kegagalan jika tiada disiplin dan kerjasama dikalangan ahlinya.
5. UKHUWAH
Ukhuwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih§ sayang yang bermatlamatkan mardhatillah. Merupakan kurniaan dan§ pemberian daripada Allah yang dilontarkan –Nya kedalam hati – hati hambanya yang ikhlas dan suci.“ Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka ( yang beriman itu ). Kalaulah engkau belanjakan segala ( harta benda ) yang ada dibumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Ia maha kuasa lagi Maha bijaksana”( Surah al – Anfal : 63 )
Rukun Baiah yang ke-9§ Serendah – rendah ukhuwah ialah§ berlapang dada dan setinggi – tinggi ukhuwah adalah itharSyarat – Syarat Ukhuwah
1. Dibina berdasarkan keikhlasan kepada Allah
2. Disertai dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
3. Melazimi diri dengan manhaj Islam
4. Mempraktikkan nasihat menasihati
5. Melaksanakan konsep tolong menolong samada susah ataupun senang.
RUJUKAN
1. Hj. Yahya Othman. ( 2006 ). AMAL JAMA’I (Pengertian dan Tuntutannya ).Shah Alam. Dewan Pustaka Fajar.
2. Muhammad Abdullah Al –Khatib. ( 2001 ). Penjelasan di sekitar Risalah Ta’alim. Shah Alam. Dewan Pustaka Fajar.
3. Hj. Nasruddin Hj. Hassan at – Tantawi. ( 2001 ). Pra Syarat kemenangan Kita. Pahang Darul Makmur. Usrah As – Syabab.
4. Dr. ‘Adil Syuwaikh. Indhibat ( Disiplin )

KEPIMPINAN : ANTARA TAKLIF DAN TASYRIF

Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini, kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). Ini perlu dihayati dan dimuhasabahkan oleh kesemua bakal – bakal pemimpin.

Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:
1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.
Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )
Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah MENGAPA TIDAK BEKERJA MENUNAIKAN AMANAH.
Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai hadaf tidak akan terjadi kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.

Qalbun Saleem..

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja..bawak2lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punya..
2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh ini..)
3. Hasad dengki
amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ini..)
4. Bakhil
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia..
5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..he..)
7. Ego
ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ini no komen)..pasal semua org ada egonya sendiri..Cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...
9. Cinta dunia
-tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

Kesimpulannya, jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. Tetapi ialah MAZMUMAH. Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklah padahnya.. Wallahu a'lam..peringatan bersama..

cinta kita milik siapa??

Nafsu itu adalah kuasa penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta kita kepada orang lain! Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w? Tahukah kita bahawa bukti cinta tersebut adalah mematuhi apa-apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w dan meninggalkan apa-apa yang dilarangnya?Nilailah semula perasaan kita dan ubahlah sasaran cinta kita.
Pertama, kepada Allah, kemudian kepada manusia yang telah diutus Allah untuk mengangkat kita dari kesesatan. Jika kita menginginkan sebuah tempat yang tinggi di syurga, maka ingatlah hadith Rasulullah s.a.w.: "Seseorang akan bersama orang yang dicintainya." Bukti utama cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah melakukan apa-apa yang disuruhnya. Bagaimana mungkin seseorang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. sedangkan perbuatannya tidak sesuai dengan dengan apa yang disuruhnya, tidak mengikuti sunnah dan ajarannya?Carilah buku riwayat hidup Rasulullah s.a.w. dan bacalah. Perhatikanlah betapa agung akhlaknya, betapa lembut tutur katanya, betapa luas kemaafannya, betapa besar rasa takutnya kepada Allah dan sifat zuhudnya kepada dunia. Justeru itulah, ubahlah akhlakmu supaya selari dengan akhlak Rasulullah s.a.w..
Pengkhianatan isteri Nuh dan Lut menyebabkan keduanya celaka dan dikutuk. Manakala kemuliaan diperoleh Asiyah dan Maryam kerana keduanya beriman."...bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu"..

Friday, October 16, 2009

info menarik antara lelaki dan wanita

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya. WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah

wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wednesday, October 14, 2009

Hikmah Sujud

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama..

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: -
-1)membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya..
- 2)membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- 3)melegakan sakit hernia. (burut)
-4) mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
-5) melegakan paru-paru daripada ketegangan.
-6) mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
-7) kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
-8) meringankan bahagian pelvis.
-9) memberi dorongan supaya mudah tidur.
-10)menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud.
-11)pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.
-12)organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
-13) mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sunday, October 11, 2009

PERSPEKTIF DAKWAH DI DALAM PEMAHAMAN PAS..

PAS
pas melihat dirinya sebagai sebuah gerakan Islam bukan sekadar parti politik semata-mata. Ia lebih kepada bersifat dakwah haraki atauoun boleh di sebut sebagai dakwah gerakan. Pas memikul tanggungjawab kepolitikan melalui proses tarbiyah bagi memastikan ciri-ciri pendakwahan yang jitu dikalangan ahlinya. PAS membahagikan kepada 3 bagi pengkhususan kerja dakwah iaitu :
a) sektor kepimpinan PAS dan ahli
b) sektor orang awam Muslim
c) sektor bukan Islam
dakwah ini memerlukan satu bentuk pendidikan politik yang realistik dan bersifat semasa. Ilmu-ilmu sains politik dalam sektor akademik tiada menjadi alat dakwah jika tidak di operasikan dalam politik semasa dan menjadi retorik sahaja. Pendekatan yang diambil oleh PAS , disamping mengajak masyarakat membuktikan intima' dan iltizam mereka pada Islam melalui menjadi ahli, paling kurang adalah menjadi penyokong kepada gerakan Islam kini.

Thursday, September 17, 2009

"Daging babi merangsang penyakit"

Serangan virus influenza A tau lebih dikenali dengan virus H1N1 yang bermula dari negara Mexico, kini menjadi wabak baru yang mula mengancam penduduk dunia. Dan sekali lagi ia dikaitkan dengan babi. Sebelum ini binatang itu juga pernah mencetuskan keadaan panik di negara ini apabila ia dikenal pasti sebagai perumah dan punca kepada Japanese Encephalitis(JE) dan virus Nipah. Justeru tidak hairanlah mengapa Islam mempunyai alasan yang kuat untuk mencegah umatnya daripada memakan daging babi. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud , " sesungguhnya Allah mengharankan kepada mu bangkai, darah dan daging babi"
Antara jenis-jenis cacing dalam babi ialah:
1) Cacing Taenia Solium
- larva yang berbentuk gelembung pada daging babi atau butiran-butiran telur pada usus babi. Ia boleh menghalang pertumbuhan tubuh dan membentuk cacing pita yang boleh mencapai ukuran sepanjang tiga meter. Cacing ini akan melekat pada dinding usus sekaligus mengganggu proses pencernaan. Kadang-kadang ia memasuki saluran peredaran darah dan tersebar di seluruh tubuh termasuk otak, hati, saraf tulang belakang dan paru-paru.
2) Cacaing Trichinia Spiralis
- ia berbentuk gelembung-gelembung lembut dan tanpa dimasak dengan betul, gelembung-gelembung ini akan tinggal di otot dan daging manusia. Ia berupaya menyekat kefungsian jantung dan paru-paru serta pernafasan.
3) Cacing Schistosoma Japonicus
-Cacing ini berasal dari kotoran babi. Ia menyerang manusia apabila manusia menyentuh atau mencuci tangan dengan air yang mengandungi larva cacing yang berasal dari kekotoran babi tersebut. Cacing ini akan menyelinap masuk ke dalam darah, paru-paru dan hati dan mampu bertelur sebanyak 20,000 telur. boleh menyebabkan serangan di bahagian otak saraf tunjang dan membawa kepada akibat lumpuh dan kematian.
4) Fasciolepsis Buski
-parasit ini hidup di usus kecil babi dalam waktu yang lama. Ketika terjadi percampuran antara usus dan najis , parasit ini akan berada dalam bentuk tertentu yang bersifat cair yang berupaya memindahkan penyakit kepada manusia. Kebanyakkan parasit ini terdapat di daerah China dan Asia Timur. Ia juga berupaya menyebabkan gangguan pencernaan, diarea dan membengkakkan tubuh dan boleh menyebabkan kematian.
Semoga kita di jauhi penyakit yang di bawa oleh haiwan ini..
sumber rujukan: Al Islam, Jun 2009.

Sunday, September 13, 2009

benarkah politik itu kotor??

Realiti senario politik semasa pada masa kini banyak mempengaruhi oleh sepak terajang para politician. Terdapat segelintir ahli politik pada masa sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan survival mereka tanpa mengambil kira baik buruk tindakan mereka. Teori yang diperkenalkan oleh Macheavelli menjadi teori ikutan di mana matlamat menghalalkan cara (Italic the end justifies the means) telah dijadikan sebagai senjata sekiranya diperlukan.
Budaya-budaya yang tidak sepatutnya berlaku seperti budaya lobi melobi,politik wang, politik murahan dan sebagainya telah mencemarkan lagi senario politik semasa kini. Keadaan ini berlaku kerana keinginan yang tinggi dalam mempertahankan karier politik sehingga pertimbangan agama dan moral sudah tidak dihiraukan lagi. budaya politik kotor ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam sejarah manusia. Firaun umpanya telah menyalahgunakan kuasanya sehinggakan mengarahkan kanak-kanak kecil lelaki dibunuh kerana takutkan kedudukannya alkan tergugat. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud : ... Firaun berkata : aku akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Sesungguhnya kita berkuasa ke atas mereka ( al-A'raf 7: 127).
Politik dan Islam sememangnya suatu yang tidak dapat dipisahkan. Kehidupan Baginda junjungan sentiasa berhadapan dengan politik. Politik ketika bermasyarakat, di dalam rumahtangga malah dalam urusan ibadat seperti solat pun terdapat unsur politik yang diterapkan. Ini kerana konsep politik yang dibawa oleh Baginda ialah menjadikan Islam Is The Way of Life. Ini kerana kesempurnaan sistem Islam dalam mencaturkan kehidupan manusia telah dijaelaskan di dalam al-Quran iaitu( surah al-An'am 6: 38). Ayat ini jelas menunjukkan sistem Islam yang begitu universal telah menrangkumi soal sosial, ekonomi, politik, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya.
Nilai etika telah pun diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk manusia ikuti didalam berpolitik. Nilai ketauhidan yang jitu merupakan suatu basic kepada pemimpin-pepimpin politik. Ini kerana sistem Politik mengikut kaca mata Islam perlulah di suntuk dengan nilai Aqidah Islamiyyah. Sekiranya ahli-ahli politik mengikuti nilai aqidah Islam ini sudah pasti tidak akan berlaku budaya-budaya negetif seperti yang tersebut di atas.
Kesimpulannya, politik itu bukan suatu elemen yang kotor..yang menjadikan politik itu kotor ialah manusia itu sendiri yang salah memilih methodnya ketika berpolitik...

Wednesday, September 9, 2009

Realiti Ekonomi Islam, suatu muhasabah buat umat islam

Bertolak daripada pembangunan ummah sebagai dasar pembangunan, Islam membangunkan perkara-perkara yang meliputi kehidupan ummah secara menyeluruh yang termasuk antara lain bidang-bidang penyelidikan, ekonomi, pentadbiran, politik, kebudayaan, sosial dan sebagainya.
Dalam proses pembangunan kehidupan dan penghidupan ummah ini, Islam bukan sahaja lengkap dengan teori pembangunannya, sejarah pembangunannya dan cara pelaksanaan pembangunannya tetapi Islam juga lengkap dengan teori dan sejarah ummah yang menjadi dasar dalam pembangunannya kerana Islam menegaskan bahawa tanpa mengenal `diri ummah' itu sendiri maka pembangunan ummah tidak akan mencapai matlamatnya.
Malah dalam soal mengenal ummah ini Islam menjelaskan juga siapa pengawas ummah dan siapa pula pengganggu ummah itu. Aspek-aspek ini diterangkan oleh Islam secara terperinci supaya kita benar-benar mengenal diri kita sebagai individu, anggota keluarga, anggota masyarakat dan anggota ummah yang lebih luas agar dapatlah proses pembangunan ummah ini dilaksanakan dengan penuh keyakinan.
Persoalan pokok dalam pembangunan Islam ialah manusia dengan segala kemaslahatannya. Hal ini mencakupi bidang yang amat luas; tersimpul dalam kewujudan dan peranan manusia itu sendiri sebagai hamba dan khalifah Allah.
Kalau manusia dibangunkan dengan proses yang betul dan memilih setiap urusan hidupnya yang diredhai Allah, maka manusia itu berhak menerima ganjaran daripada Allah dan terbukalah jalan untuknya menuju ke arah peningkatan ke tahap muhsin, mukmin dan muttaqi. Sebaliknya, kalau manusia dibangunkan dengan proses yang salah, maka tergolonglah manusia itu dalam tahap zalim, fasik, munafik dan kafir.
Jelas, Islam membangunkan insan yang berada di dalam ummah terlebih dahulu sebelum pembangunan urusan ummah yang lain seperti pembangunan ekonomi, pembangunan kebudayaan, pembangunan pentadbiran, pembangunan politik dan serba yang lain dalam aktiviti hidup manusia.
Proses pembangunan insan seumpama ini telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sewaktu tiga belas tahun di Mekah dalam proses pembangunan ummah dan sepuluh tahun di Madinah dalam proses membangunkan urusan ummah yang lain.
Hal ini amat jauh bezanya dengan proses pembangunan mengikut sistem liberal; baik sistem kapitalis mahupun sistem sosialis dan lain-lain yang tidak Islamik. Dalam sistem-sistem ini pembangunan bertolak terus dari pembangunan urusan keperluan duniawi manusia semata-mata. Akibatnya banyaklah yang menimbulkan keadaan kucar-kacir dan tidak seimbang dalam perkembangan hidup manusia.
Sistem-sistem pembangunan ini menafikan kepentingan agama dalam proses pembangunannya; malah kalau mengikut beberapa teori dan falsafah tokoh-tokoh tertentu, agama adalah penghalang besar dalam sebarang proses pemodenan dan pembangunan.
Di tanah air kita ini pembangunan dalam banyak aspek amatlah pesat. Meskipun kita bercita-cita dan telah berusaha lebih dua puluh tahun untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam semua aspek pembangunan namun pada dasarnya kita masih gagal mencapai cita-cita tersebut. Hal ini mungkin disebabkan kita masih mengutamakan pembangunan urusan duniawi daripada pembangunan dalam diri manusia itu sendiri.
Kita cuba membangunkan ekonomi Islam tanpa terlebih dahulu membangunkan ahli ekonomi supaya mengenal diri sebagai seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.
Kita cuba membangunkan pentadbiran cara Islam tanpa terlebih dahulu membangunkan hati pentadbir-pentadbir itu supaya benar-benar mengenal dirinya dan takut kepada Allah.
Masih ramai di kalangan kita yang tidak mengenali asal usul, kedudukan, fitrah, kemampuan, martabat, fungsi, halal dan haram, serta nasib kita mengikut Islam. Oleh sebab tidak kenallah, maka kita masih tidak cintakan Islam. Masih ramai yang tidak takut kepada Allah.
Akibatnya seiring dengan pembangunan keperluan manusia yang diredhai oleh Allah, kita juga melahirkan manusia yang dimurkai oleh Allah. Umpamanya di samping kita cuba menghapuskan rasuah, kegiatan rasuah terus meningkat, dan begitu juga jumlah peningkatan penagih dadah berada pada tahap yang membimbangkan.
Kita memperhebatkan pembangunan manusia tetapi selari dengan itu secara tidak langsung kita memperhebatkan juga sifat-sifat keji di kalangan kita seperti sering menodai suruhan Allah, pendendam, iri hati, pendengki, penipu, gemar pujian, suka memberi kenyataan-kenyataan kosong, cinta dunia secara berlebihan.
Kita cuba mengamalkan konsep cekap, bersih dan amanah tetapi oleh kerana masih terdapat segolongan kita yang masih belum takut kepada Allah, maka matlamat kita masih belum tercapai. Demikianlah persoalan pembangunan ummah yang penting untuk dijadikan dasar dalam pembangunan yang lain.

RAMADHAN UNTUKKU

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis, Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya
Kini kau kembali Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

Monday, August 31, 2009

Isu-isu Tentang Islam suatu renungan untuk di fikirkan..

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP ISU-ISU SEMASA
Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam SemasaUiTM Kampus Segamat
Oleh: Abdul Halim Ramli[1]

Pendahuluan
Kertas kerja ini cuba mengupas persepsi atau pandangan masyarakat Islam terhadap beberapa isu yang timbul di negara ini. Kertas kerja ini lebih ke arah membetulkan persepsi songsang yang terdapat di dalam pemikiran umat Islam di negara ini di dalam menggarap atau memperkatakan sesuatu isu berhubung dengan Islam. Segala permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam sewajarnya dirujuk kepada sumber Islam yang autentik dan bukannya diselesaikan mengikut agak-agakan, sentimen kepartian apatah lagi ledakan emosi. Islam adalah satu agama yang ditegakkan di atas dasar ilmu bukannya fanatisme atau taqlid membuta tuli. Kegawatan yang berlaku di dalam kehidupan umat Islam hari ini berpunca dari kedangkalan ilmu, konflik politik dan kepentingan diri, kumpulan dan sebagainya. Seruan terhadap Islam itupun didirikan di atas dasar ilmu, ajakan berbahas, berdailog dan berdebat dengan cara yang baik agar kebenaran yang hendak ditegakkan benar-benar difaham , dihayati dan diterima dengan hati yang terbuka oleh umat Islam.
Isu-Isu Semasa Umat Islam: Satu SenarioSemenjak Umat Islam di negara ini mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini banyak isu-isu yang mendapat perhatian di kalangan umat Islam. Kalau sebelum merdeka isu-isu yang timbul berkisar kepada perjuangan untuk memerdekaan tanah air, memajukan umat Melayu yang mundur di dalam pelbagai bidang, isu-isu agama yang melibatkan persoalan bidah, khurafat, pendidikan agama, penghakisan nilai-nilai hidup Islam serta lain-lain isu sosial seperti kedudukan dan peranan wanita di dalam pembangunan negara. Pasca-kemerdekaan memperlihatkan kesungguhan umat Melayu Islam memperkukuhkan lagi status quo mereka di dalam Tanah air mereka sendiri di dalam pelbagai bidang khususnya penyertaan kaum Melayu dalam sektor ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi. Di dalam masa yang sama kesedaran beragama semakin meningkat di kalangan umat Melayu khususnya apabila lahirnya kesan-kesan negatif modenisasi yang dijalankan. Isu-isu modenisasi sama ada ianya membawa kesan positif atau negatif telah menjadi tumpuan di dalam apa juga agenda sama ada agenda politik, pendidikan, gerakan keagamaan dan sebagainya. Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh penjajahan Ingeris serta diperkukuhkan selepas kemerdekaan Malaysia rupa-rupanya telah membelah pemikiran , pendekatan dan cara bertindak umat Melayu. Sistem pendidikan tersebut sekurang-kurangnya telah menghasilkan dua kelompok umat Melayu, iaitu Melayu-sekular dan Melayu Islamis. Kedua-dua kelompok inilah yang mencorakkan isu-isu semasa umat Islam mengikut kefahaman dan persepsi kelompok masing-masing. Kadang-kala konfrantasi kedua kelompok ini bukan sahaja dalam bentuk pertentangan idea dan pendekatan malah turut membawa kepada pertentangan fizikal seperti peristiwa Memali, pulau memulau, dan kafir mengkafir.
Persepsi Songsang Umat Islam Terhadap Isu-Isu Semasa Perkembangan mutakhir memperlihatkan banyak isu-isu yang lahir dan dibahaskan berdasarkan persepsi yang songsang. Antaranya:
1) Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik
Isu tersebut seringkali kita dengar dan membacanya di dada-dada akbar dan media elektronik. Isu tersebut timbul sebahagian besarnya adalah akibat daripada pertentangan idealogi politik parti-parti politik yang terdapat di negara ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan di kalangan masyarakat. Sebenarnya slogan bahawa agama harus dipisahkan daripada politik bukanlah baru di dunia Islam. Ia berpunca dari fahaman Barat dan kejahilan umat Islam memahami world-view Islam secara menyeluruh. Ada sesetengah pihak cuba melunakan istilah secular dengan memberinya makna yang positif agar ia semacam sesuai dengan Islam. Seperti membahagikan istilah sekular kepada dua, iaitu sekular negatif dan sekular positif. Ada pandangan yang lebih berani lagi dengan mengatakan Islam adalah agama sekular yang memisahkan persoalan politik dari agama .
Pandangan tersebut dibuat oleh Shekh Ali Abd al-Raziq yang berasaskan kepada 4 alasan (Lihat:Mohamed S.El-Wa, On the political system of Islamic state, 1984):
i. Bentuk pemerintahan Islam boleh dalam apa juga bentuk sama ada otokrasi,
birokrasi, monarki, republik, demokrasi dan lain-lain.
ii. Tugas Nabi hanya mengajak memeluk agama, bukannya untuk mengatur negara atau
pemerintah.
iii. Islam agama persatuan.
iv. Rasulullah mengajak umatnya bersatu dan berjaya mempersatukan mereka.
Pandangan di atas telah ditolak dengan hebat oleh ulamak-ulamak Islam seperti Shekh Muhamad al-Khidr Hussein (Mufti Azhar), Prof.Abd Hamid Mutawalli dan lain-lain lagi.Sekiranya pandangan tersebut diterima, seolah tugas Rasulullah adalah sekadar mengajak manusia mentauhidkan Allah dan bukannya mengatur hidup manusia berpadukan hidayah daripada Allah.Pandangan tersebut juga bererti menolak sebahagian besar sirah Rasulullah yang memperlihatkan perjuangannya yang bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah negara Islam di Madinah , antaranya melalui hijrahnya ke Madinah dalam rangka mewujudkan sebuah daulah Islamiah.Menurut Prof.Ismail al-Faruqi; “the most important aspect of the Hijrah is its creation of the Islamic state”, katanya lagi’ “…the state is inevitable for Islam. It is absolutely necessary for muslims to fulfill their Islamicity” . Ia juga merupakan essensi pengalaman keagamaan Islam yang menuntut pelaksanaan Islam dan mengubah ruang-waktu bagi memenuhi pola ketuhanan (Prof.Ismail al-Faruqi, The Hijrah: The Necessity of its iqamat, 1983) . Negara Islam menurut Muhammad Iqbal adalah “is the expression of Islam’s spirituality” yang perlu diperluaskan dalam kehidupan umat Islam.Kalau diterima pandangan yang membataskan fungsi agama hanyalah dalam persoalan keagamaan sepertimana interprestasi Shekh Ali Abd Raziq terhadap fungsi pengutusan Nabi Muhammad, samalah Islam dengan agama Kristian yang membataskan peranan Pope mereka dalam persoalan ritual semata-mata atau Pope hanyalah pemerintah dalam kerajaan spiritual.Ada juga segelintiran masyarakat Melayu menyarankan agar nama Islam tidak boleh digunakan oleh parti-parti politik atau pertubuhan-pertubuhan bagi mengelakkan Islam diperalatkan oleh parti politik tersebut bagi mendapatkan pengaruh di dalam masyarakat. Pandangan tersebut berasaskan hujah bahawa terdapat pertubuhan-pertubuhan di luar negara yang menggunakan Islam melakukan keganasan terhadap orang lain.Disamping itu, ia bertujuan mengelakkan berlakunya perpecahan dan pertelagahan sesama Islam. Pandangan tersebut merupakan pandangan yang bias, prejudis dan tidak berasaskan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Pandangan tersebut hanya sekadar melanjutkan padangan negatif Barat terhadap Islam, kebencian terhadap gerakan Islam dan dibuat atas dasar penilaian rasional dan pengamatan sosiologi semata-mata. Kalau diterima pandangan ini, bukan sahaja pertubuhan politik tidak boleh menggunakan nama Islam, tetapi juga Bank juga tidak boleh dinamakan dengan Bank Islam dan nama orang-orang Melayu juga tidak boleh digunakan nama-nama Islam kerana alasannya ia masih melakukan kejahatan,kemungkaran atau tidak melambangkan hakikat Islam.Kata nama Islam disandarkan kepada apa juga perbuatan, aktiviti dan gerakan adalah bertujuan untuk memberikan identiti khas dan hala tuju bahawa pekara tersebut dilakukan demi mencapai kehendak Islam mengikut kemampuan manusia. Kita mengakui bahawa terdapat kelemahan di dalam aspek penghayatan dan pelaksanaan Islam bagi pertubuhan yang menggunakan nama Islam. Sepatutnya kelemahan mereka itu harus diperbetulkan melalui semangat musyawarah, kritikan yang membina dan hujah yang rajih, bukannya dengan terus mengharamkan penggunaan nama Islam sepertimana kesilapan besar yang dilakukan oleh Turki di bawah pemerintah Kamal Atartuk dan diteruskan sehingga hari ini. Disamping itu, tidak pernah ada mana-mana ulamak yang mengeluarkan fatwa mengharamkan atau tidak menggalakkan penggunaan nama Islam atas apa juga pekara melainkan dengan jelas pekara tersebut adalah satu kemungkaran. Pandangan tersebut adalah jelas lahir dari kejahilan, kebencian , phobia dan finatik, bukannya berasaskan hujah yang autentik!.Satu lagi alasan yang dikemukkan bagi golongan yang mahu nama Islam tidak digunakan dalam pertubuhan atau parti politik ialah alasan untuk menjaga kesucian Islam. Sebenarnya kesucian Islam terjaga apabila sistem Islam dinobat dan dilaksanakan di dalam kehidupan umat Islam. Islam hanya benar-benar terjaga kesuciannya apabila ada keazaman yang jitu di kalangan pertubuhan atau gerakan yang benar-benar mahu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. Tidak ada maknanya kalau sekadar berselogan mahu menjaga kesucian Islam sedangkan segala tindak tanduk, pendekatan yang digunakan jauh dari kehendak ajaran Islam . Golongan yang masih berpegang teguh kepada fahaman sekularisme, sebenarnya mahu bertindak bebas di dalam apa juga tindakan mereka.Agama bagi mereka hanyalah penghalang kepada cita-cita dan nafsu tamak yang ada di dalam diri mereka. Justeru itu, mereka mencari berbagai dalih bagi memperlihatkan Islam sebagai satu agama yang tidak boleh dicampur adukan dengan persoalan politik dan sebagainya. Kalau politik tidak ada di dalam Islam bermakna Allah adalah bersifat jahil kerana menurunkan satu agama yang tidak lengkap dan tidak relaven dengan kehidupan manusia. Hebat sangatkah diri kita sehingga kita sanggup mengatakan Allah itu jahil !!!!.
2) Ulamak , Politik dan Kepimpinan Ulamak di dalam Islam disebut sebagai pewaris para Nabi.
Peranannya bukan sekadar menjadi imam di dalam sembahyang, membaca doa, mengeluarkan fatwa bahkan mereka adalah golongan yang mengambil alih fungsi Nabi sebagai pemimpin masyarakat Islam. Peranan mereka yang menyeluruh dan amat berat tersebut bukannya sesuatu yang baru di dalam sejarah dan tamadun Islam. Namun di dalam masyarakat kita hari ini ada golongan yang tidak menyenangi penglibatan golongan tersebut di dalam kegiatan politik. Mereka lebih suka melihat ulamak mengasingkan diri dari kegiatan politik dengan hanya menumpukan kepada persoalan keagamaan semata-mata. Sikap mereka itu samalah dengan sikap penjajah Barat semasa mereka menjajah dunia Islam dahulu. Ulamak yang hanya membataskan diri mereka dalam hal-hal kerohanian amat disenangi oleh golongan penjajah. Di dalam Islam, persoalan kepimpinan amat penting kerana ia menentukan pelaksanaan Islam sebagai satu sistem. Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah menyebutkan “adalah wajib melantik ketua negara untuk menggantikan Rasulullah bagi melindungi agama serta mentadbir dunia dengan agama”. Tujuan pemerintahan Islam menurut Mohamad S.El-Wa ( On the political system of Islamic state,1984) adalah untuk terciptanya identiti Islam dalam masyarakat. Agar seluruh aspek penghidupan berpijak kepada prinsip-prinsip nilai-nilai Islam.Jelas disini, tugas ketua negara bukan sekadar meningkatkan sosio-ekonomi umat, tetapi yang lebih penting lagi memertabatkan agama sebagai satu sistem yang mengatur seluruh perjalanan hidup muslim.[2]Oleh kerana kesinambungan Islam amat bergantung kepada pemimpin, maka Islam menetapkan pemilihan pemimpin tersebut harus memenuhi syarat seperti keadilan, ilmu yang membolehkan ia berijtihad dalam hal-hal yang berlaku serta mengeluarkan hukum, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai idea yang boleh memimpin rakyat ,menjaga kepentingan negara dan berketurunan mulia (al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah). Golongan yang wajar memikul tanggungjawab tersebut adalah golongan yang soleh seperti fatwa Ibn.Taymiah dalam kitabnya Ro’ul ma lam ‘an a’immatil a’lam, katanya: “kaum muslimin setelah memberikan wala’ (kesetiaan/ketaatan)kepada Allah dan Rasulnya, wajib memberikan wala’ kepada orang-orang mukmin sebagai ditegaskan oleh al-Qur’an, terutama ulamak yang menjadi pewaris para nabi dan dijadikan Allah sebagai bintang-bintang penunjuk jalan dikegelapan malam” (lihat,Dr.Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995). Pandangan ini memperjelaskan adalah tidak salah bahkan tepat sekiranya ulamak melibatkan diri dalam kegiatan politik dalam rangka menjalankan amanah Allah. Namun, sekirannya pemimpin yang dilantik itu tidak mencapai taraf sebagai seorang ulamak adalah wajar menjadikan ulamak sebagai penasihat mereka di dalam menjalankan urusan negara seperti mana yang telah dijalankan oleh pemimpin umat Islam waktu silam.
3). Masjid ,Fungsi dan Perpecahan
Salah satu isu yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah berlegar tentang persoalan peranan masjid di dalam masyarakat. Terdapat berbagai persepsi umat Islam di negara ini tentang fungsi masjid, antaranya pandangan masjid hanya sekadar tempat beribadah, manakala persoalan politik tidak boleh dibincangkan di dalam masjid. Apakah persepsi tersebut mempunyai asasnya di dalam Islam? . Prof.Ahmad Shalaby telah menggariskan peranan institusi masjid semenjak zaman Rasullulah adalah seperti berikut: ia adalah tempat melakukan ibadat, tempat bermesyuarat, mahkamah menjatuhkan hukuman, institusi pengajian, balai pertemuan, tempat kegiatan kesusteraan, tempat perbincangan mengenai perihal ekonomi dan perdagangan dan tempat memutuskan urusan negara. Sidi Gazalba pula menyimpulkan institusi masjid di dalam Islam adalah pangkal tolak dan penghujung dari setiap segi kehidupan mereka.Dari keterangan di atas adalah tidak salah idealisme politik dibincangkan di dalam masjid tetapi ia mestilah berasaskan kepada nilai ketakwaan dan masjid tidak boleh sama sekali mengadakan kegiatan atau aktiviti kemasyarakatan (termasuk politik) yang boleh membawa pepecahan umat Islam (Zakaria Stapa, Fungsi dan kegunaan Masjid simbol perpaduan ummah).Segala permasalahan umat Islam semasa seperti perbalahan dan perselisihan pendapat harus diselesaikan di dalam masjid melalui semangat syura. Masjid seharusnya menjadi badan bebas yang memantau semua kegiatan umat Islam yang berada dipersekitarannya dan mejadi mekanisme memupuk perpaduan umat Islam. Zakaria Stapa menyimpulkan piawian kegiatan masjid mesti didasarkan kepada tiga asas,iaitu: ketakwaan, perpaduan dan kesucian. Semua aktiviti dibenarkan di masjid sekiranya tiga piawian tersebut tidak dilanggar. Sekirannya masjid hendak dikawal, maka ia hendaklah diasaskan kepada pandangan al-Qur’an dan Hadis dan bukannya berasaskan pandangan manusia semata-mata. Menurut Al-Qadi Abu Bakar al-Arabi dalam kitab tafsirnya Ahkam al-Qur’a (Lihat Akbar Eklusif, 21-27 Feb, 2000), mengatakan; umat Islam dianggap merobohkan masjid sekirannya mereka menghilangkan fungsinya dan menghalang muslimin untuk melahirkan syiar dan kesatuan pendirian.Pemilihan Imam di dalam masjid mengikut al-Mawardi boleh dilakukan oleh pemerintah atau persetujuan ramai warga masyarakat yang berasaskan kepada syarat-syarat tertentu seperti hendaklah seorang yang Qari dan Faqih. Sekiranya terdapat dua orang calon imam, iaitu seorang yang qari tetapi tidak faqih, manakala seorang lagi adalah faqih tetapi tidak qari, maka al-Mawardi memutuskan yang faqih lebih layak dilantik menjadi imam.
4) Wanita , Poligami Dan Gangguan Sexual
Isu poligami dikalangan wanita bukanlah isu baru, malah ia sentiasa menjadi perbincangan pelbagai pihak, khususnya golongan wanita. Isu tersebut telah mendapat perhatian di kalangan pertubuhan wanita seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia, Sisters In Islam, Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim dan lain-lain yang telah menyuarakan dengan lantang kebimbangan mereka terhadap suami yang ingin berpoligami.Isu tersebut menjadi hangat terutama apabila kerajaan Selangor memansuhkan peraturan tandatangan isteri yang sedia ada di dalam borang permohonan jika sesorang suami itu berhasrat untuk berpoligami. Kemudian isu ini dikaitakan dengan bermacam-macam insiden seperti pengabaian tanggungjawab suami terhadap isteri pertama, keadilan, nafkah dan lain-lain (Al-Manar,Jun 1997).Meskipun poligami merupakan isu kontraversi sepanjang zaman, namun hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri (lihat An.Nisa’:3).
Poligami diizinkan berasaskan tindakan Rasulullah sendiri sama ada berbentuk sunnah amaliah atau taqririah.Bagaimanapun, keizinan itu tertakluk kepada dua syarat lain, iaitu kemampuan material, fizikal dan keadilan antara isteri dari sudut material bukannya melibatkan rohani/emosi. Rasulullah sentiasa berlaku adil di kalangan isterinya dari aspek material tetapi dari aspek emosi beliau lebih mengasihi Aisyah dan Siti Khadijah. Ketika dikritik oleh Ummu Salamah (salah seorang isteri Rasulullah), Rasulullah bersabda: “Jangan kamu menyakitiku tentang Aisyah, sesungguhnya wahyu tidak datang kepadaku, dalam keadaan aku berada di dalam selimut seorang wanita melainkan dengan Aisyah”. Hanya Allah sahaja mempunyai kecintaan yang mutlak untuk seluruh makhluknya sepertimana doa Rasulullah: “Ya Allah, inilah pembahagian terhadap apa yang aku miliki.Janganlah engkau mengambil kira terhadapku sesuatu yang Engkau miliki dan aku tidak miliki” (Dr.Sa’adduddin al-Sayyid Salih, Strategi musuh menentang Islam (trj.), 1996). Meskipun amalan poligami di kalangan kaum lelaki di negara ini ada bukti yang jelas kelemahannya, namun kita tidak boleh menentang hukum tersebut kerana ia diputuskan oleh Allah sendiri. Poligami yang positif adalah penyelesaian terhadap masalah andartu, ibu tunggal, dan pertambahan bilangan penduduk wanita di negara ini. Zamakhsyari pengarang kitab Tafsir al-Kasyaf menyatakan diantara sebab-sebab Islam mengharuskan berkahwin lebih dari satu adalah unntuk menjaga masyarakat dari jatuh ke lembah perzinaan (Dipetik oleh Dr.Mohammad al-Bahi, Sikap wanita Islam kini (trj.), 1981). Ramai wanita yang sukar mendapat jodoh di kalangan lelaki tempatan telah bertindak mengawini lelaki pendatang sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada diri dan keluarga mereka.Mutakhir ini gangguan sexual yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap golongan wanita di tempat kerja mendapat perhatian kerajaan sehingga diperkenalkan akta khas gangguan sexsual. Akta tersebut diperkenalkan kerana banyak laporan dikemukkan menunjukkan terdapatnya gangguan sexsual ke atas golongan wanita di tempat kerja atau dimana sahaja mereka berada. Kita memang menyokong undang-undang ini, tetapi adalah tidak adil menyalahkan kaum lelaki seratus peratus sebagai sebab utama berlakunya fenomen tersebut. Kaum wanita juga harus dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya perlakuan mereka seperti bentuk pakaian yang sexy, suara yang mengoda, perbuatan yang merangsang dan lain-lain lagi yang boleh mendorong kaum lelaki melakukan gangguan seksual. Dengan sebab itu, Islam telah memberikan syarat-syarat tertentu kepada kaum wanita yang ingin berkerja, seperti:
i. tidak menjejaskan kehormatannya sebagai seorang wanita, isteri yang setia dan ibu yang
dimuliakan, apabila berada dengan lelaki di tempat kerja.
ii. Tidak menjejaskan kehidupannya dalam rumahtangga sebagai seorang isteri yang mempunyai
sifat lemah lembut dan kasih sayang serta tanggungjawab terhadap suami dan anak.
iii. Tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ibu yang sepatutnya memberi asas-asas pelajaran
yang baik terhadap anak-anaknya yang masih kecili
v. Tidak mempunyai sikap bahawa bekerja di pejabat-pejabat dan kerja-kerja lain yang ringan
sebagai jalan untuk melarikan diri daripada tugas-tugas sebagai suri rumah yang dianggap
membosankan.(Lihat,Jurnal Minda Usuluddin, N0.6, Jun 1997).
5) Finatik dan Ekstrimisme
Kedua-dua istilah tersebut seringkali dirujuk kepada gerakan yang bercorak keislaman terutama untuk memperlihatkan tindakan mereka yang tidak bertolak ansur dengan kelompok lain terutama melibatkan persoalan dasar keislaman.Apakah finatisme dan ekstrimisme dalam bentuk ini sesuatu yang dicela oleh Islam?.
Al-Qardowi telah memberikan ruang lingkup ekstrimisme adalah dalam bentuk:i. finatik terhadap sesuatu pendapat dan menolak pendapat yang lainii. memaksa orang lain mengikut apa yang tidak diiltizamkan oleh Allahiii. mempraktik hukum bukan pada tempatnyaiv. sikap kasar dan kerasv. terjerumus dalam mengkafirkan orang Islam lain.Manakala Abd Rahman al-Maidani telah memberikan definisi ekstrimisme sebagai “melampaui batas-batas hukum Allah dengan meluaskan wazan agama yang telah ditetapkan dengan batas-batas hukum tersebut”. Golongan sekularis pula mendifinasikan ekstrimisme sebagai “mempraktikkan ajaran agama dan seruan ke arah perlaksanaan syariat Islam dalam semua bidang”(untuk keterangan lanjut lihat, Majalah Pengasuh, Nov.-Dis.,1999).
Kesimpulannya, sekirannya seseorang itu melaksanakan cara hidup Islam bukanlah termasuk di dalam kelompok ekstrimisme agama mengikut pandangan ulamak Islam tetapi ia dikelompokkan sebagai ekstrimisme agama kalau mengikut pandangan golongan sekularis.Apa yang ditentang oleh Islam menurut Yusof al-Qardowi ialah sikap finatik kepada diri, kelompok atau parti. Finatik kepada diri ialah dengan menolak pendapat orang lain, finatik kepada mazhab sampai memaksumkan mazhab atau imam mereka dan finatik kepada kelompok atau parti dengan tidak memperdulikan kebatilan kelompok atau kebenaran kelompok lain. Islam menurut al-Qardowi mengharuskan bersifat adil kepada orang yang dicintai atau kepada orang yang tidak dicintai. Janganlah kemarahan membuatkan ia keluar dariapada kebenaran atau kecintaan menjerumuskan kepada kebatilan. Akhlak untuk keluar dari finatikisme ini adalah dengan melihat kepada perkataan bukannya melihat kepada siapa yang memperkatakan serta berani mengkritik (Lihat Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995).
KesimpulanDari huraian di atas, jelaslah persepsi masyarakat Islam terhadap isu-isu yang melibatkan persoalan keagamaan tidak dilihat dari perspektif ilmu dan Islam secara menyeluruh. Persepsi songsang umat Islam di negara ini berpunca dari kecetakan ilmu keagamaan, pengaruh pemikiran Barat, finatikisme, phobia Islam dan faktor-faktor lain. Apabila timbul sesuatu permasalahan umat Islam, sewajarnya dirujuk kepada ahlinya, bermuzakarah secara baik bukannya menggunakan media massa untuk menghantam golongan yang lain sehingga melebarkan lagi perpecahan masyarakat Islam di negara ini. Allahua’lam.
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Beliau kini adalah Koordinator Pusat Pendidikan Islam, UiTM Kampus Segamat. Berkelulusan B.A (Hons), UKM, M.A (Islamic Studies) UKM , Pengkhususan dalam bidang pemikiran Islam. Setakat hari ini, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 artikel yang disiarkan di dalam Jurnal,majalah Dewan Budaya, Tamadun dan lain-lain lagi, kebanyakkannya dalam bidang pemikiran Islam.
[2] Menurut Abu Yusuf (ketua mahkamah Agong Bani Abbasiah) tugas ketua negara ialah menegakkan hak Allah dan menguatkuasakan batasan yang ditentukan oleh Allah, menentukan dengan betul pemegang hak yang lain dan memastikan mereka dapat menikmati hak-hak tersebut, menjalankan perintah Allah dan menjauhkan maksiat (Lihat, M.M. Shariff, sejarah Islam dari segi falsafah (trj.), jilid.1,1994