Saturday, October 17, 2009

cinta kita milik siapa??

Nafsu itu adalah kuasa penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta kita kepada orang lain! Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w? Tahukah kita bahawa bukti cinta tersebut adalah mematuhi apa-apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w dan meninggalkan apa-apa yang dilarangnya?Nilailah semula perasaan kita dan ubahlah sasaran cinta kita.
Pertama, kepada Allah, kemudian kepada manusia yang telah diutus Allah untuk mengangkat kita dari kesesatan. Jika kita menginginkan sebuah tempat yang tinggi di syurga, maka ingatlah hadith Rasulullah s.a.w.: "Seseorang akan bersama orang yang dicintainya." Bukti utama cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah melakukan apa-apa yang disuruhnya. Bagaimana mungkin seseorang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. sedangkan perbuatannya tidak sesuai dengan dengan apa yang disuruhnya, tidak mengikuti sunnah dan ajarannya?Carilah buku riwayat hidup Rasulullah s.a.w. dan bacalah. Perhatikanlah betapa agung akhlaknya, betapa lembut tutur katanya, betapa luas kemaafannya, betapa besar rasa takutnya kepada Allah dan sifat zuhudnya kepada dunia. Justeru itulah, ubahlah akhlakmu supaya selari dengan akhlak Rasulullah s.a.w..
Pengkhianatan isteri Nuh dan Lut menyebabkan keduanya celaka dan dikutuk. Manakala kemuliaan diperoleh Asiyah dan Maryam kerana keduanya beriman."...bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu"..

1 comment:

  1. salam Syifa'

    saya tertarik dengan artikel ini. Cinta sebenar adalah cinta kita kepada Allah dan kepada rasulullah s.a.w seterusnya barulah kita menyintai diri sendiri, pasangan, dan keluarga. Justeru, saya menyeru agar semua sahabat menghayati dan mengikuti ajaran rasulullah s.a.w yang mengajar kita agar mencintai Allah yang paling utama kemudian diikuti dengan hambaNya.
    Kepada teman-teman yang ada kesempatan, ikutilah karya tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang mempunyai banyak pengalaman, pengajaran dan contoh tauladan yang sangat berguna yang dapat kita jadikan panduan dalam menjalani kehidupan berpasangan kelak.

    ReplyDelete